Penggunaan mesin hendaklah mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh pengeluar mesin untuk mengelakkan masalah berlaku.
| Jenis masalah | Punca masalah | Cara mengatasinya |
| Mata Jahitan Mata jahitan longgar | Ketegangan benang atas dan bawah tidak seimbang. | Ketatkan ketegangan benang di ceper ketegangan benang. |
| Kesilapan memasang jarum. | Pastikan jarum dipasang dengan betul. | |
| Kumpulan gelung benang pada mata jahitan | Benang tidak dipasang betul. | Pasang benang dengan betul. |
| Benang digelendung/sekoci tidak dipasang dengan betul. | Pastikan benang pada gelendung digulung dengan betul. | |
| Mata jahitan melompat | Jarum tidak dipasang dengan betul. | Pasang jarum dengan betul mengikut bahagian leper dan bulat. |
| Saiz jarum yang digunakan tidak sesuai untuk fabrik. | Pilih saiz jarum yang sesuai. | |
| Mata jarum mesin tumpul. | Gunakan jarum yang tajam. | |
| Gulungan benang pada sekoci tidak sempurna. | Pastikan benang pada sekoci digulung dengan sempurna. | |
| Fabrik Fabrik tidak bergerak semasa menjahit. Fabrik berkedut | Tapak tekanan mesin ketat atau longgar. | Baiki kedudukan tapak mesin. |
| Pelaras berada dalam nombor kosong. | Sesuaikan mata jahitan dengan fabrik yang digunakan. | |
| Tapak mesin tidak sesuai dengan fabrik. | Gunakan tapak mesin yang sesuai dengan fabrik. | |
| Tapak tekanan mesin terlalu ketat atau longgar. | Baiki kedudukan tapak. | |
| Fabrik digunakan terlalu nipis atau tebal. | Pastikan menggunakan jarum yang sesuai untuk jenis fabrik. | |
| Fabrik senang berkedut jika menggunakan satu lapisan fabrik yang nipis. | Gunakan sekurang-kurangnya dua lapisan fabrik jika kain nipis. | |
| | Pergerakan tapak mesin tidak sama dengan gigi penolak. | Baiki kedudukan tapak dengan gigi penolak. |
| Saiz benang tidak sesuai untuk fabrik nipis atau tebal. | Saiz benang yang digunakan sesuai untuk fabrik nipis atau tebal. | |
| Saiz mata jahitan tidak sesuai. | Mata jahitan untuk jenis fabrik nipas atau tebal sesuai mengikut panduan. Kurangkan bilangan mata jahitan untuk kain yang nipis dan kurangkan tekanan ke atas fabrik dari tapak mesin. | |
| Benang terlalu tebal atau jarum terlalu kasar. | Pastikan benang dan jarum sesuai untuk fabrik. Tukar jarum yang tumpul. | |
| Jarum Jarum Patah | Pemilihan dan penggunaan jarum dalam mesin jahit perlu mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh pengeluar mesin. | |
| Pemasangan bahagian leper dan bulat jarum tidak mengikut peraturan. | Pastikan pemasangan bahagian jarum betul. | |
| Skru pemegang jarum longgar. | Ketatkan skru pemegang jarum. | |
| Saiz jarum tidak sesuai dengan fabrik,seperti menjahit kain yang tebal dengan menggunakan jarum yang halus. | Pilih jarum yang sesuai dengan fabrik. | |
| Penekan tapak jahitan tidak dipasang dengan betul. | Pastikan tapak penekan dipasang dengan betul. | |
| Jarum peniti masih terlekat pada fabrik. | Pastikan jarum peniti dikeluarkan sebelum menjahit . | |
| Tidak menggunakan tapak zip semasa menjahit zip. | Gunakan tapak zip semasa menjahit zip |